Polis Buka Satu Lagi Kertas Siasatan Berhubung PRK Kajang

Diterbitkan: Isnin, 17 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khalid Abu Bakar.
Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Polis membuka satu lagi kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) berkaitan berkempen awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ini menjadikan sejumlah empat kertas siasatan dibuka berhubung perkara sama kerana individu terbabit tidak mengemukakan sebarang kenyataan bertulis 10 hari sebelum melakukan kempen.

"Yang melanggari APA 2012 dan sebagainya kita akan ambil tindakan dan sememangnya kita telah buka siasatan dan kita akan berunding dengan pihak peguam negara.

"Ada kertas siasatan yang sudah lengkap. Setakat ini ada empat kertas siasatan yang telah kita buka dan kita tidak menjurus kepada individu yang sama.

"Biarlah kita siasat dulu, dah selesai nanti, kita tuduh di mahkamah baru tahu individu terbabit nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen atau daerah terbaik Op Selamat 4/2014 sempena Tahun Baharu Cina di KL Sentral di sini, Isnin.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar dilapor mengesahkan tiga kertas siasatan dibuka terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menurut Seksyen 9(5) akta itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berhubung kempen yang diadakan.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, pihaknya sedang berunding dengan Peguam Negara untuk memperkemaskan lagi siasatan terhadap kes klip video membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang didakwa berbaur fitnah.

"Kita akan teruskan siasatan dan saya minta orang yang membuat video ini untuk berhenti, khabarnya dia nak buat dalam versi bahasa Malaysia pula, saya minta cukuplah, orang Malaysia faham walaupun dalam bahasa Cina.

"Cukuplah dengan kempen benci-membenci yang menanamkan sifat-sifat kebencian terhadap orang-orang tertentu, apa faedahnya, ia akan meruntuhkan lagi kerukunan masyarakat kita, saya meminta mereka ini teruskan membina negara kita dari buat perkara tidak berfaedah," katanya.

Mengulas mengenai insiden di dalam terowong yang membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Februari lalu, Khalid berkata, pihaknya akan memanggil beberapa lagi saksi untuk membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan