Pesakit Tidak Kritikal Diminta Elak Kesesakan Hospital Kerajaan

Diterbitkan: Isnin, 17 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

S. Subramaniam.
S. Subramaniam.

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang menghadapi masalah kesihatan yang tidak kritikal diminta mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kawasan masing-masing bagi mengelak kesesakan di hospital-hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, dengan merujuk ke klinik-klinik kesihatan, pesakit akan menerima rawatan segera kerana Jabatan Kecemasan dan Trauma di beberapa hospital kerajaan kini sesak dengan kes demam denggi.

Beliau berkata, selain kes denggi, hospital-hospital kerajaan juga memberi keutamaan kepada kes-kes kritikal atau kecemasan seperti kemalangan atau serangan jantung.

"Kami faham musim penyakit denggi sedang meningkat jadi orang yang mempunyai demam biasa pun memilih hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan rapi.

"Namun, pihak kami menerima laporan bahawa lebih 30 peratus pesakit yang datang ke hospital kerajaan pada waktu malam untuk rawatan adalah kerana demam biasa," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau mengulas laporan media yang memetik Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr S.Jeyaindran sebagai berkata, lebih 2.3 juta pesakit mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan dan Trauma di hospital-hospital kerajaan dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu.

Dr Jeyaindran berkata, kajian mendapati lebih 70 peratus atau 1.6 juta kes adalah kes yang tidak kritikal dan mereka menyebabkan pesakit yang mengalami kecederaan serius perlu bersaing bagi mendapatkan rawatan.

Subramaniam berkata, orang ramai yang demam biasa boleh mendapat rawatan di klinik kesihatan di luar waktu pejabat kerana waktu perkhidmatan klinik kesihatan di kawasan hotspot denggi di seluruh negara yang dilanjutkan sehingga 10 malam.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) dan Majlis Sukan India Malaysia (MISC) di sini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan dan Presiden MIFA Datuk T. Mohan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan