KJ Komander Rejimen 508 Yang Baharu

Diterbitkan: Isnin, 17 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah (AW) yang baharu berkuatkuasa Januari lepas.

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga penaung Jawatankuasa Pendukung AW (JPAW) Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mengumumkan perkara itu berkata Khairy menggantikan Datuk Shahrom Mohammad yang dilantik sebagai penasihat JPAW.

"Khairy telah ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di atas perkenan baginda. Pelantikan Khairy sebagai Komander Rejimen 508 AW yang baharu telah dipersetujui Majlis Angkatan Tentera Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pelancaran latihan AW 2014 di sini, Ahad.

Selain Khairy, turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan dan Panglima 1 Briged Brig. Jen Datuk Adnan Abu Bakar.

Mohamad berkata pelantikan Khairy itu satu kebanggaan dan Rejimen 508 AW turut mengalu-alukannya.

"Saya yakin di bawah kepimpinan dan kewibawaan Khairy, Rejimen 508 AW akan bertambah gah dan maju serta dapat menarik lebih ramai lagi anak muda menyertai Rejimen 508 AW.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada bekas Komander Rejimen 508 AW Datuk Shahrom yang telah lama dengan kita. Di atas dedikasi beliau, Rejimen 508 AW telah dapat menunjukkan kewibawaan kita sebagai anggota rejimen sukarelawan yang dapat membantu Angkatan Tentera Malaysia, baik dalam apa jua keadaan," katanya.

Beliau berharap Rejimen 508 AW di bawah kepimpinan Khairy akan dapat bergerak dengan lebih mantap lagi.

Mohamad juga mengalu-alukan penubuhan platun perkhidmatan awam supaya lebih ramai lagi anggota perkhidmatan awam di negeri ini menceburkan diri dalam Rejimen 508 AW.

Sementara itu, Khairy berkata pelbagai rancangan sedang diatur dan berharap ia dapat dilaksanakan dengan sokongan dan kerjasama semua pihak.

"Dalam masa sama, saya akan menggalakkan lebih ramai lagi anak muda untuk menyertai Rejimen 508 AW," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan