Kebakaran Gunung Tempurung Di Kampar Terus Dikawal, Dipantau

Diterbitkan: Isnin, 17 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Anggota Bomba dan Penyelamat pada Isnin meneruskan tugasan mengawal kebakaran hutan di Gunung Tempurung berhampiran Kampung Sungai Siput Selatan di sini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Yahaya Madis berkata, anggotanya menggunakan empat 'Fix Monitor Nozzle' untuk mengawal kebakaran yang mungkin merebak sehingga ke pinggir gunung tersebut disebabkan serpihan bara api.

"Ini kerana faktor cuaca kering dan berangin menyebabkan kebakaran mudah merebak dalam kelompok kecil di kawasan bersebelahan. Kita mengesan terdapat dua kelompok kebakaran berlaku di Gunung Tempurung ini dengan jarak antara 150 meter dan 300 meter dari kaki gunung," katanya kepada pemberita ketika meninjau operasi pemantauan dan pemadaman kebakaran di kawasan tersebut pada Isnin.

Beliau berkata bagaimanapun, anggotanya mengawal dan memantau di bahagian kaki gunung untuk mengelak berlakunya tompokan kebakaran di bahagian pinggir gunung.

Unit Udara Bomba mengenal pasti bahawa kaedah 'bumby bucket' dilihat kurang sesuai digunakan untuk memadam kebakaran, katanya.

"Agak sukar untuk menggunakan helikopter dengan membawa 'bumby bucket' selain faktor geografi kerana khuatir semburan air dari helikopter menjejaskan penduduk berhampiran," katanya.

Yahaya berkata, 24 anggota bertugas secara bergilir-gilir bagi memantau pergerakan api walaupun gunung tersebut jauh dari kawasan penempatan serta kawasan pelancongan Gua Tempurung.

"Gua Tempurung terletak lebih satu kilometer dari lokasi kejadian dan tidak membahayakan pelancong yang mengunjungi pusat pelancongan di daerah Kampar ini," katanya.

Jumaat lepas, lebih 1.6 hektar hutan Gunung Tempurung terbakar dipercayai selepas sebatang pokok dipanah petir dalam kejadian kira-kira jam 7.49 malam.

Operasi pemadaman tidak dapat dijalankan berikutan struktur bukit batu kapur itu tidak stabil dan sangat curam selain terdapat runtuhan batu-batu kapur yang panas akibat kesan kebakaran itu.

Anggota Bomba dan Penyelamat Kampar membuat khemah operasi di kawasan berkenaan sehingga Isnin untuk menjalankan pemantauan kebakaran secara berterusan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan