Jawatankuasa Disiplin MIC Akan Pantau 10 Pemimpin Parti

Diterbitkan: Isnin, 17 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Disiplin MIC akan memantau rapi pergerakan 10 pemimpin parti bagi tempoh dua bulan akan datang sebelum mengambil tindakan tegas ke atas mereka kerana dikatakan menentang kepimpinan parti.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat jawatankuasa itu selama tiga jam di ibu pejabat parti di sini Isnin, kata pengerusi jawatankuasa, Tan Sri Datuk Dr K.S Nijhar.

"Jawatankuasa Disiplin akan bersidang lagi dalam masa dua bulan untuk menentukan sama ada tindakan disiplin harus diambil ke atas mana-mana pemimpin itu.

"Jika didapati bersalah, mereka akan dipecat daripada parti atau digantung keanggotaan untuk tempoh tertentu,” kata Nijhar dalam kenyataan di sini, Isnin.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut nama atau jawatan sepuluh pemimpin berkenaan.

Nijhar menarik perhatian bahawa mesyuarat, yang bermula pukul 11 pagi, juga membincangkan isu-isu berkaitan dakwaan yang menyentuh pemilihan parti yang berlangsung pada 30 November lepas di Melaka. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan