Hanya 446 Penderma Organ Direkodkan Sejak 1976

Diterbitkan: Isnin, 17 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lee Lam Thye.
Lee Lam Thye.

KUALA LUMPUR: Hanya 446 penderma organ direkodkan sejak 1976 sehingga 31 Jan lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Kebangsaan, Tan Sri Lee Lam Thye.

Lee berkata, daripada jumlah itu sebanyak 266 penderma berbangsa Cina, India (116), Melayu (26), lain-lain (27) dan tidak dinyatakan (11).

"Jumlah itu (penderma organ) terlalu rendah berikutan kini sebanyak 18,384 pesakit sedang menunggu untuk pendermaan organ di negara ini," katanya kepada pemberita pada sidang media kempen 'Satu Ikrar Sejuta Harapan' di sini, Isnin.

Lee berkata, berdasarkan statistik itu yang dikeluarkan oleh Pusat Sumber Transplan Nasional, pesakit paling banyak yang sedang menunggu organ adalah pesakit buah pinggang 18,347; hati (22); paru-paru tujuh; jantung dan paru-paru empat; serta jantung empat.

Kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), persatuan agama dan badan bukan kerajaan akan diteruskan untuk menangani isu salah tanggapan berkenaan pendermaan organ, katanya.

Pada sidang media berkenaan Lee turut mengumumkan pelantikan tiga individu sebagai Duta Derma Organ iaitu penyampai radio Hot.Fm Mas Kieran Jakiran, Guru Muzik Tan Mei Ling dan Aktivis Sosial Chew Hoong Ling. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan