Esscom Yakin Bancian Di Empat Kampung Selesai Ikut Tempoh

Diterbitkan: Isnin, 17 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek yakin operasi bancian penduduk di empat perkampungan air di sini akan selesai dalam tempoh empat hari yang ditetapkan.

Katanya sejak dilancarkan pada Sabtu, sebanyak 3,348 rumah dengan 16,888 penduduk berjaya dibanci, membabitkan tiga kampung iaitu Forest, Muhibbah dan Cahaya Baru.

"Setakat ini tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku. Semuanya berjalan lancar dan tenang. Kita juga mendapat kerjasama penuh daripada penduduk, khususnya pemimpin masyarakat," katanya dalam sidang media di sini Isnin.

Katanya operasi bancian kini diteruskan di kampung keempat iaitu Mangkalinau dan dijangka selesai selewat-lewatnya pada Selasa.

"Selepas ini kita akan buat semakan semula data di kawasan berkenaan," katanya.

Mohammad turut menegaskan tiada tangkapan dan penguatkuasaan dilakukan sepanjang tempoh operasi bancian itu.

"Dalam operasi ini Esscom dibantu oleh Jabatan Perangkaan menyediakan borang soal selidik dan ini tidak sama dengan borang soal selidik yang biasa.

"Kali ini kita sediakan borang soal selidik yang lebih teliti termasuk mengetahui jumlah rumah, jumlah penduduk, jenis-jenis pekerjaan, jumlah keluarga serta demografi penduduk warganegara dan bukan warganegara. Kita juga bertanya sama ada mereka bersetuju atau tidak dipindahkan dan kesanggupan membayar sewa," katanya.

Sandakan merupakan satu daripada tiga daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang dipilih sebagai projek perintis program itu selepas Semporna dan Lahad Datu.

Esszone yang diwujudkan kerajaan pusat susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari tahun lepas merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan