Cerita Khalid Enggan Tandatangan Surat Letak Jawatan Mengarut - Saifuddin

Diterbitkan: Isnin, 17 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata kisah mengenai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan enggan menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan untuk beliau sebagai mengarut.

"Cerita mengenai peletakan jawatan, surat, surat berserta dengan tarikh, enggan tandatangan surat, semua ini adalah mengarut.

"Dalam isu sebesar ini sumber paling autoriti adalah daripada ketua umum, presiden, timbalan, naib Presiden atau daripada mana-mana pimpinan tertinggi dalam parti," kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di sebuah hotel di sini, Isnin.

Beliau berkata setiap isu atau laporan yang disiarkan perlu memetik sumber yang sahih dan sepatutnya.

"Jika memetik sumber yang tidak jelas, ia tidak akan menyelesaikan masalah," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar The Star, pada Sabtu yang menyatakan bahawa Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan PKR berdasarkan maklumat yang diperolehi sumber peringkat tertinggi parti itu.

Surat peletakan jawatan sulit, dipercayai bertarikh 23 Mac itu dikatakan merupakan sebahagian daripada pelan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin Selangor.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan