Sekolah RM8 Juta Untuk 10 Murid Membazir

Diterbitkan: Ahad, 16 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sultan Ibrahim merasmikan Pejabat Majlis Daerah Mersing yang baharu sambil disaksikan oleh  Mohamed Khaled (tiga kiri). Gambar: ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star
Sultan Ibrahim merasmikan Pejabat Majlis Daerah Mersing yang baharu sambil disaksikan oleh Mohamed Khaled (tiga kiri). Gambar: ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star

MERSING: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad menegaskan pembinaan sebuah sekolah rendah dengan kos RM8 juta di Pulau Aur boleh dianggap membazir dan tidak masuk akal kerana hanya mempunyai 10 orang murid.

Baginda mencadangkan murid di sekolah itu, yang mempunyai lapan orang guru, dipindahkan ke sekolah di bandar ini dan mereka akan disediakan kemudahan asrama bagi memudahkan urusan persekolahan.

Cara berkenaan akan menjimatkan kos kerajaan dan baginda sendiri bersedia untuk memberikan bantuan biasiswa kepada murid-murid berkenaan jika perlukan, titah Sultan Johor semasa merasmikan bangunan baharu Majlis Daerah Mersing di Jalan Ismail di sini.

Bangunan baharu itu yang menggantikan bangunan lama di Jalan Ibrahim, mula beroperasi pada Mei tahun lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Sultan Johor turut melahirkan rasa dukacita terhadap persekitaran di Mersing yang dilihat semakin kotor selain sikap serta budaya menjaga kebersihan yang semakin hilang di kalangan rakyat.

Menurut baginda, Mersing yang dibuka sejak tahun 1892 merupakan tempat permainan baginda sejak kecil dan baginda telah melihat banyak perubahan yang berlaku di daerah berkenaan.

"Di kawasan Gunung Arong, pembalakan hutan telah berlaku tanpa dikawal dan pelombong emas haram telah menceroboh masuk serta merosakkan kawasan hutan rizab.

"Perkara berkenaan adalah tidak munasabah dan saya telah mengarahkan kerja pembalakan berkenaan dihentikan serta merta manakala siasatan mengenainya dilakukan," titah baginda.

Baginda turut menyentuh mengenai Taman Laut Sultan Iskandar dan mencadangkan renjer sukarela dilantik dalam kalangan penduduk pulau dan nelayan untuk memantau aktiviti tidak diingini di kawasan itu.

Sultan Ibrahim bertitah kerajaan boleh memberikan bantuan minyak dan enjin bot kepada mereka untuk menjalankan tugas berkenaan.

Baginda bertitah bagi meningkatkan aktiviti pelancongan di Mersing, kerajaan perlu menyediakan kemudahan pelancongan yang bersesuaian termasuk sistem pengangkutan yang cekap seperti perkhidmatan bas mini yang menghubungkan bandar Mersing dengan tempat-tempat pelancongan sekitar.

"Saya percaya dengan usaha bersepadu kerajaan dan kerjasama erat penduduk setempat, maka satu hari nanti Mersing akan jadi destinasi pelancongan utama di negara ini dan terkenal di mata dunia," titah Sultan Johor. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan