Mangsa Banjir Sabah Berkurangan Setakat Tengah Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 16 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Beaufort dan Tenom berkurangan kepada kira-kira 3,000 orang setakat 12 tengah hari Ahad.

Menurut jurucakap bilik gerakan di kedua-dua daerah, masih terdapat 2,278 mangsa daripada 685 keluarga di enam pusat pemindahan di Beaufort, manakala di Tenom pula 706 mangsa membabitkan 129 keluarga di lima pusat pemindahan.

Sebanyak 17 pusat pemindahan di Tenom telah ditutup sejak tengah malam Sabtu, kata jurucakap bilik gerakan banjir daerah Tenom ketika dihubungi.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Beaufort Mohd Sahid Othman pula memberitahu Bernama paras air Sungai Padas masih melebihi paras bahaya pada 9.17 meter.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka melawat mangsa banjir di Beaufort Ahad.

Turut dijangka melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di daerah itu hari ini ialah Pengerusi Biro Kebajikan Umno/Barisan Nasional Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan