Kecuaian Pekerja Mungkin Punca Kebakaran Di Hospital Umum Sarawak - Fadillah

Diterbitkan: Ahad, 16 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof (tengah) bertanya sesuatu kepada beberapa pekerja mengenai kawasan yang terjejas akibat kebakaran di Blok Baru Hospital Umum Sarawak (HUS) pada Sabtu yang menyebabkan seorang pekerja binaan maut akibat terhidu asap tebal pada lawatan mengejut beliau ke HUS di Kuching, Ahad. -fotoBERNAMA
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof (tengah) bertanya sesuatu kepada beberapa pekerja mengenai kawasan yang terjejas akibat kebakaran di Blok Baru Hospital Umum Sarawak (HUS) pada Sabtu yang menyebabkan seorang pekerja binaan maut akibat terhidu asap tebal pada lawatan mengejut beliau ke HUS di Kuching, Ahad. -fotoBERNAMA

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof tidak menolak kemungkinan kecuaian pekerja punca kebakaran di bangunan kajian klinikal Hospital Umum Sarawak yang meragut nyawa seorang lelaki pada Sabtu.

Sambil meluahkan rasa kesal dengan kejadian 5 petang itu, Fadillah berkata bagaimanapun punca sebenar kebakaran bangunan yang dalam pembinaan tersebut masih dalam siasatan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak.

Pekerja yang terbabit dalam pembinaan ini mungkin gagal patuhi prosedur operasi standard keselamatan pekerjaan, katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian, Ahad.

Dalam kejadian itu, pekerja binaan dikenali sebagai Teguh Prayttono, 35, dari Indonesia maut dipercayai akibat sesak nafas terhidu asap tebal.

Lelaki itu dikatakan bekerja di bahagian siling auditorium bangunan ketika kejadian manakala tiga lagi rakan sekerjanya yang melakukan kerja kimpalan di lokasi sama berjaya menyelamatkan diri.

Fadillah berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak selaku penyelia projek bernilai RM35 juta itu turut menubuhkan pasukan penyiasat bagi menilai kerugian.

"Seterusnya (pasukan penyiasat JKR ini) akan membuat laporan penuh kepada JKR Malaysia untuk tindakan selanjutnya memandangkan projek ini masih lagi dalam lingkungan liputan insurans untuk membuat tuntutan kerugian dan membayar pampasan kepada pekerja yang tercedera atau meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata kerja pembinaan yang dijadual siap pada penghujung Mac ini juga dihentikan sementara menunggu selesai siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan