Gangguan Bekalan Air Akibat Paip Pecah Dijangka Berakhir Isnin

Diterbitkan: Ahad, 16 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gangguan bekalan air disebabkan paip utama yang pecah di Kota Damansara dijangka berakhir pagi Isnin, dengan air disalurkan ke kawasan yang terjejas secara berperingkat mulai tengah malam ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan yang berlaku pagi Sabtu itu dijangka selesai pada pukul 4 petang Ahad.

"Selepas pembaikan paip itu selesai, air (bekalan) akan kembali disalurkan secara berperingkat mulai tengah malam ini," kata Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred.

Beliau menambah, ekoran pembaikan, sekali lagi masa akan diambil selama beberapa jam untuk air mengalir ke dalam paip kerana tidak ada tekanan.

'The Star' sebelum ini melaporkan bahawa beberapa kawasan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan air kerana paip pecah.

Kawasan yang terlibat termasuk Seksyen 11, 12, 13, 14, 19, 20, 21, SS1, SS2, SS3, SS4, SS5, SS6, SS7, Zon Perdagangan Bebas SS8, SS9, SS9A, Sg Penchala, Kg Kayu Ara, Universiti Malaya dan Setiapuspa.

Kerosakan paip 900mm disebabkan oleh aktiviti di tapak pembinaan MRT Lembah Klang dan telah menyebabkan banjir dan kesesakan lalu lintas di kawasan itu pada Sabtu.

Priscilla berkata paip yang pecah itu adalah saluran paip utama berhampiran takungan Effingham yang bersambung dengan paip yang lebih kecil di KL dan PJ.

Beliau berkata MRT Corp, yang menyelia projek MRT telah melantik kontraktor untuk membaiki kebocoran manakala Syabas bertindak memantau perkembangannya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan