18,785 Pendatang Asing Diperiksa Dalam Ops 6P Setakat Ini

Diterbitkan: Ahad, 16 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 18,785 pendatang tanpa izin diperiksa menerusi 603 operasi bersepadu 6P di seluruh negara dalam tempoh 24 hari operasi itu dilancarkan, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Aloyah Mamat.

Dalam tempoh 21 Jan hingga Jumaat lepas, sebanyak 4,660 pendatang dan 48 majikan ditahan dengan 3,978 pendatang dihantar pulang ke negara masing-masing, katanya selepas Operasi Bersepadu Fasa II di Flat Taman Pelangi, Juru di sini awal hari Ahad.

Beliau berkata antara premis yang diperiksa ialah tempat-tempat penginapan, taman perumahan, rumah kediaman, kilang, kedai, restoran, rumah urut, pusat hiburan dan tempat perjudian.

Operasi bersepadu dilancarkan 21 Januari lepas bagi memburu pendatang tanpa izin yang gagal mendaftar di bawah Program Khas Pengurusan Pendatang Asing Tanpa Izin serta mengesan majikan yang membenarkan premis mereka mengambil pendatang bekerja tanpa dokumen yang sah.

Sementara itu, dalam operasi di sini malam tadi, Aloyah berkata 428 rakyat asing diperiksa dan daripada jumlah itu 45 orang ditahan.

Mereka yang ditahan dalam operasi tiga jam bermula 11.30 malam itu ialah 26 rakyat Indonesia, Myanmar (10), Bangladesh (3), Nepal (3), India (2) dan seorang dari Vietnam, katanya.

Aloyah berkata hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa.

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Seberang Jaya untuk dokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru, di sini, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan