SukaGuam Nasihat Empat Beradik Tidak Ke Sweden Jika Perlu Beri Keterangan

Diterbitkan: Sabtu, 15 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, merupakan anak pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baru, Kelantan, awal bulan ini. -fotoBERNAMA
Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, merupakan anak pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baru, Kelantan, awal bulan ini. -fotoBERNAMA

KLUANG: Empat anak pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal dinasihati tidak kembali ke Sweden andai mereka dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan ibu bapa mereka.

Sebaliknya kata Pengerusi Suka Guam Datuk Khairul Anwar Rahmat, pihak pendakwaan Sweden boleh menghantar wakil mereka ke Malaysia untuk mengambil keterangan empat beradik berkenaan.

"Rekod keterangan terdahulu anak-anak mungkin akan dicabar kerana mungkin keterangan anak-anak ini adalah 'under duress'," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sepagi Bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di sini Sabtu.

Katanya wakil SukaGuam akan ke Stockholm dalam masa terdekat bagi memberi sokongan kepada pasangan Malaysia itu.

Azizul Raheem dan Shalwati didakwa di mahkamah daerah Stockholm pada 10 Feb lepas atas tuduhan mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dalam beberapa insiden sejak September 2010 hingga Disember tahun lepas.

Perbicaraan kes mereka akan bermula 18 Feb ini dan dijangka mengambil masa 10 hari.

Empat anak pasangan terbabit iaitu Aisyah (14 tahun), Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) kini dijaga oleh keluarga pasangan berkenaan di Kelantan.

Dalam masa sama, Khairul Anwar berharap dapat meyakinkan mahkamah Sweden mengambil keterangan terkini anak-anak terbabit bagi membuktikan tiada penderaan fizikal mahupun emosi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan