Peluang Zaid Di DUN Kajang Tipis - Pakar

Diterbitkan: Sabtu, 15 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Zaid Ibrahim

PETALING JAYA: Peluang Datuk Zaid Ibrahim untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah tipis jika beliau bertanding sebagai calon Bebas, kata penganalisis politik, Prof Fuad Mat Jali.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, secara tradisinya pengundi di DUN Kajang menolak kehadiran calon Bebas.

"Penduduk di situ yang terdiri daripada kumpulan elit, profesional, ahli perniagaan dan lain-lain bidang tidak mungkin menerima calon 'payung terjun' yang datang dari luar," katanya.

Tambah beliau, menerusi PRU-13, kesemua tiga calon Bebas hilang wang deposit dengan jumlah keseluruhan undi mereka hanya 417.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat bekas menteri Kabinet itu bertanding di DUN Kajang menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRK yang akan diadakan pada 23 Mac depan.

Pada PRU-13, DUN Kajang menyaksikan saingan lima penjuru antara Lee Chin Cheh dari PKR (19,571 undi), Lee Ban Seng dari Barisan Nasional (12,747), Mohamad Ismail (Berjasa, 1,014), serta calon Bebas, Ong Yan Foo (85), Mohd Khalid Kassim (83), dan Mohd Iwan Jefrey Abdul Majid (249).

Bagaimanapun pada 27 Januari lalu, Lee Chin Cheh mengumumkan perletakan jawatan secara mengejut untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di DUN Kajang yang dikatakan sebagai pelan politik untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut Fuad lagi, MCA mempunyai peluang yang cerah untuk menang di DUN Kajang sekiranya menamakan calon yang sesuai memandangkan PKR masih berhadapan dengan masalah untuk menerangkan kepada rakyat mengenai rasional pelan politik Anwar.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan