Konflik Khalid-Azmin Lewatkan Lantikan Ahli PBT

Diterbitkan: Sabtu, 15 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Konflik antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dikatakan menjadi punca kelewatan pelantikan calon dari parti itu untuk dilantik sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beberapa ahli PBT tidak berpuas hati kerana mendakwa pejabat Menteri Besar menyekat senarai nama yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Azmin walaupun ia diberikan oleh kepimpinan parti.

Seorang daripada ahli PBT itu berkata sebanyak 42 nama yang dikemukakan kepada sekretariat negeri ditolak tanpa sebab.

"Kami diberitahu Pejabat Menteri Besar tidak meluluskan pelantikan 42 anggota parti tanpa memberi alasan yang munasabah," katanya yang enggan namanya disiarkan.

PKR diperuntukkan 120 kerusi diikuti DAP (92) dan PAS (67).

Formula pembahagian jumlah kerusi itu dibuat selepas PRU 2008 dan tidak diubah walaupun keputusan PRU-13 menunjukkan PKR ketinggalan di belakang DAP dan PAS berdasarkan jumlah kerusi dalam DUN.

Menurut sumber itu lagi, kepimpinan parti mengarahkan keputusan menolak 42 calon itu supaya dikaji semula bagi mengenal pasti sebab-sebab penolakan.

Perkara itu katanya merupakan salah satu topik utama yang dibincangkan pada mesyuarat Biro Politik parti itu dua hari lalu di mana penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah disoal sekretariat negeri untuk sebab-sebab penolakan itu.

Sementara itu sumber dalaman PKR juga berkata terdapat pertikaian antara PAS Selangor dan PKR mengenai jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada kedua-dua pihak dalam PBT.

"PAS menuntut lebih banyak kerusi seiring dengan peningkatan kedudukan mereka dalam DUN," katanya.

PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi di DUN manakala PKR hanya mempunyai 13 berikutan perletakan jawatan wakil rakyat mereka baru-baru ini bagi DUN Kajang iaitu Lee Chin Cheh.

"Oleh kerana itu, ahli majlis PKR diberikan tempoh setahun manakala DAP dan PAS menerima lantikan selama dua tahun," katanya.

Beliau berkata sebaik sahaja tahun ini berakhir, beberapa kerusi PKR akan diberikan kepada PAS tahun depan.

Sementara itu, exco yang bertanggungjawab mengenai PBT, Datuk Teng Chang Khim berkata sebanyak 224 daripada 288 kerusi PBT sudah diisi.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan