Calon PRK Balingan Mungkin Penunjuk KM Sarawak Ke-6

Diterbitkan: Sabtu, 15 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama anaknya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib.
Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama anaknya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib.

PETALING JAYA: Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingan mungkin akan menjadi penunjuk mengenai siapa pengganti kepada Ketua Menteri Sarawak yang baharu, Tan Sri Adenan Satem.

Suara akar umbi mula kedengaran bahawa Adenan yang akan menggantikan Abdul Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kelima mula berteka-teki mengenai pengganti kerusi DUN Balingan yang bakal dikosongkan.

Abdul Taib perlu mengosongkan kerusi tersebut setelah dilantik sebagai Yang Dipertua Sarawak yang baharu.

Pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) tidak menolak kemungkinan seorang pemimpin baharu akan muncul sebelum pilihan raya negeri akan datang.

Malah spekulasi lebih kuat diperkatakan mengenai siapa pula penyandang jawatan Ketua Menteri keenam selepa Adenan.

Tambah mereka keadaan kesihatan Adenan menjadi faktor mengapa beliau berkemungkinan tidak akan memegang jawatan tertinngi itu untuk tempoh yang lama.

Menurut mereka sebagai orang Melanau, Abdul Taib pastinya mahu masyarakatnya mengambil alih kerusi DUN Balingan yang majoritinya adalah pengundi Melanau.

Ahli akademik dan pemerhati politik Sarawak berpandangan calon yang akan mengisi kekosongan kerusi DUN Balingan mungkin mempunyai pertalian darah atau sekurang-kurangya yang digemari Abdul Taib.

Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UMS), Profesor Madya Dr Andrew Aeria berkata beliau tidak terkejut jika calon berkenaan mungkin salah seorang anak Abdul Taib sendiiri iaitu sama ada Datuk Seri Mahmud Abu Bekir atau Datin Hanifah Taib Alsree.

Beliau percaya perlantikan Adenan hanya bersifat sementara kerana apa yang bakal berlaku dalam PRK DUN Balingan bakal menunjukkan situasi sebenar.

Aeria bagaimanapun meragui bahawa bekas Menteri Persekutuan, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi akan membuat kemunculan semula.

"Beliau sudah bersara. Saya tidak fikir beliau berminat," katanya.

Sementara itu Dr Jeniri Amir berkata walaupun tanda-tanda menunjukkan bahawa pilihan calon di Balingian dibuat demi masa depan Sarawak, beliau memilih untuk tidak membuat bacaan yang terlalu dalam mengenainya.

"Saya sendiri berasal dari Mukah. Calon perlu diisi oleh orang Melanau supaya beliau boleh berkomunikasi dengan penduduk tempatan.

"Tetapi untuk mengatakan orang itu akan mengambil alih daripada Adenan sebagai Ketua Menteri, ia masih terlalu awal," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan