Zaid Mungkin Tanding Di Kajang

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zaid Ibrahim.
Zaid Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pada Jumaat berkata beliau 'tertarik' untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai calon bebas.

Zaid berkata mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil itu akan membolehkan beliau menangani pelbagai isu-isu politik dan ekonomi yang melanda negara.

"Menulis di dalam blog ini amat seronok tetapi bagus juga kalau dapat bercakap terus kepada orang ramai secara bersemuka, mendengar luahan mereka, sudah tentu makan sate bersama mereka.

"Berbual dengan pengundi Kajang turut menguji penerimaan beberapa idea saya, seterusnya ia boleh digunakan sebagai maklum balas kepada pembuat dasar," katanya dalam blognya. (www.zaid.my).

Zaid meninggalkan PKR pada 2011 dan menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Zaid berkata beliau telah menyenaraikan beberapa perkara yang akan disuarakan dalam tempoh berkempen, termasuk kepentingan memerangi punca polarisasi kaum, usaha memulihara keamanan dan perpaduan antara umat Islam dan bukan Islam serta program ekonomi dan pendidikan bagi membina kemahiran.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan