Senarai Pendek Calon PRK Kajang Siap Isnin Ini - Liow

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persediaan MCA untuk berdepan pilihan raya kecil Kajang berjalan lancar, kata Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut Liow, semua pemimpin pusat akan ditempatkan di setiap 16 pusat pengundian untuk memastikan segala-galanya berjalan seperti yang dirancang.

Beliau berkata mereka akan bekerjasama erat dengan pemimpin-pemimpin Selangor di peringkat negeri dan bahagian untuk menjalankan program dan aktiviti.

Liow berkata timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong merupakan ketua jawatankuasa pilihan raya parti.

Mengenai calon parti untuk pilihan raya kecil itu, Liow berkata senarai pendek calon akan siap pada Isnin selepas tinjauan dilakukan.

Pada Ahad, beliau akan membuka bilik gerakan parti.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu di sini pada Khamis, Liow berkata terdapat komitmen yang tinggi daripada semua peringkat dalam parti untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan