Pengundi Kajang Boleh Nilai Sendiri Rekod Buruk Anwar - Liow

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menimbulkan ketegangan berhubung pendidikan Cina ketika menjadi menteri pelajaran.

Liow berkata sejarah menunjukkan Anwar, antara lain, menempatkan beberapa guru besar dan guru biasa yang tidak memahami bahasa Cina, di sekolah Cina.

Beliau mendakwa Anwar juga bertanggungjawab mengeluarkan pekeliling melarang semua negeri daripada menyediakan tanah bagi pendidikan Cina ketika itu.

Liow berkata pengundi di Kajang, terutama pejuang pendidikan Cina, boleh mengimbau kembali sejarah pendidikan Cina ketika Anwar menjadi menteri pelajaran.

Sambil menjelaskan bahawa beliau hanya ingin menarik perhatian tentang sejarah itu, Liow mendakwa tindakan Anwar itu telah mencetuskan banyak ketegangan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan limau dan bunga mawar kepada orang ramai sempena sambutan "Chap Goh Mei" dan Hari Valentine di Pasar Sungai Chua Market di sini Jumaat.

Turut hadir Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie.

Liow berkata berdasarkan rekod lampau Anwar, pemimpin pembangkang itu tidak akan menunaikan janjinya dan akan terus memutarbelitkan dan memanipulasi setiap perkara demi mendapatkan undi untuk kepentingan dirinya.

"Ibu pejabat Dong Zong (Persekutuan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia) juga terletak di sini (Kajang). Mereka dan kami tahu dengan amat jelas bahawa perjuangan Anwar tidak boleh dipercayai.

"Malah, beliau (Anwar) juga datang ke ibu pejabat Dong Zong baru-baru ini dan menabur beberapa janji, oleh itu, sebagai pemimpin MCA, saya perlu mendedahkan sikap beliau," katanya.

Sementara itu, MCA telah menyenaraipendekkan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, yang akan diadakan pada 23 Mac berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandang kerusi itu, Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat, pada 27 Jan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan