PBS Terus Jadi Masalah Kepada Guru-Guru

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kesukaran mendapatkan akses pangkalan data PBS untuk memasukkan data pencapaian pelajar menjadi masalah utama guru-guru.
Kesukaran mendapatkan akses pangkalan data PBS untuk memasukkan data pencapaian pelajar menjadi masalah utama guru-guru.

PETALING JAYA: Tiga tahun selepas dilaksanakan, sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) masih menjadi masalah besar kepada guru-guru.

Beberapa kumpulan telah menyatakan hasrat untuk mengadakan protes bagi menunjukkan kelemahan PBS, walaupun terdapat jaminan oleh Kementerian Pendidikan bahawa sistem ini akan dikaji semula.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata kajian semula sistem secara sepenuhnya diperlukan supaya ia menjadi lebih mesra pengguna.

Setiausaha Agung NUTP Lok Yim Pheng berkata masalah utama yang dihadapi adalah kesukaran untuk mendapatkan akses pangkalan data PBS atas talian yang digunakan oleh guru-guru untuk memasukkan data pencapaian pelajar.

"Kami gembira (Kementerian Pendidikan) menangani kesukaran yang dihadapi guru-guru," kata beliau, sambil menambah sistem dalam talian perlu diuji selepas kajian semula dijalankan bagi memastikan masalah benar-benar telah diselesaikan.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa berkata PBS akan dikaji semula berikutan aduan daripada guru-guru yang mempunyai kesukaran mengakses sistem.

Bagaimanapun, Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) mempersoalkan skop dan bentuk kajian yang dicadangkan.

Ketua jawatankuasa kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata : "Sebelum PBS dilaksanakan, kementerian memberitahu kami bahawa mereka telah melaksanakan projek perintis secara meluas dan pakar-pakar telah menjalankan kajian. Adakah sekarang kajian sebelum ini tidak berguna lagi?

"Juga tidak jelas sama ada kajian baru itu hanya akan melibatkan masalah pangkalan data dalam talian atau pelaksanaan dasar itu sendiri."

Beliau juga berkata SGMM akan meneruskan protes terhadap PBS yang dijadualkan pada 22 Februari di kementerian itu di Putrajaya.

"Ini adalah pilihan terakhir selepas melalui semua saluran perbincangan yang betul.

"Kami tidak menentang dasar atau kerajaan, tetapi kita hanya mahu menonjolkan kelemahan tertentu polisi ini," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan