Johor Umum Skim Pinjaman Perumahan Tanpa Faedah

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan pelaksanaan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah berkuat kuasa 1 Mac ini.

Sebelum ini, kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak empat peratus.

Beliau berkata bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong dari gaji bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada April hingga Mei depan.

Bayaran balik mengikut jadual baru skim ini akan dilaksanakan pada Mei atau Jun tahun ini, katanya ketika menyampaikan amanat sulung tahun ini kepada kira-kira 1,500 penjawat awam negeri di Kota Iskandar di sini.

"Kerajaan sentiasa inovatif dalam menangani masalah rakyat dan yang paling penting ialah semua ini disumbang melalui inovasi dasar yang dilakukan penjawat awam," katanya.

Menurut Khaled, antara dasar penting dalam pembentangan Bajet 2014 ialah usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Langkah seperti memperbanyakkan projek rumah mampu milik sememangnya sangat bertepatan. Ini bermakna, kerajaan tidak hanya membiarkan kuasa pasaran menentukan kos rumah," kata menteri besar itu.

Selain itu, dengan memperbanyakkan kedai rakyat 1Malaysia di seluruh negara juga membolehkan rakyat mendapat barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah.

"Ini akan memberikan rakyat pilihan dan jika dilaksanakan secara berkesan, akan membantu mengurangkan beban rakyat secara relatif," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan