Jambatan Kedua P.Pinang Akan Dibuka 1 Mac Ini

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM4.5 bilion dijangka dibuka kepada umum 1 Mac ini.

"Kami diberitahu jangkaannya jambatan akan dibuka pada 1 Mac," kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada pemberita di sini Jumaat, apabila ditanya mengenai tarikh jambatan itu akan beroperasi.

Apabila beroperasi kelak, jambatan yang merupakan projek kerajaan persekutuan itu akan mengurangkan kesesakan trafik di atas Jambatan Pulau Pinang sebanyak 25 peratus dan bakal mengendalikan 100,000 kenderaan setiap hari.

Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 16.9 km di atas air itu menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di tanah besar dan merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara.

Pada 30 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin negara yang pertama menggunakan jambatan itu untuk menghadiri majlis di Kepala Batas, Seberang Perai.

Jambatan itu dijadualkan siap pada 8 November lepas dan dibuka kepada umum pada hujung bulan berkenaan.

Namun tarikh pembukaan rasmi ditangguh dan dilapor akan dibuka pada Jumaat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan