Jadikan Iktibar Kes Ketua Umno Bakri Digantung Keanggotaan - MB Johor

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Saipolbahri Suib.
Saipolbahri Suib.

JOHOR BARU: Kes Ketua Umno Bahagian Bakri Datuk Saipolbahri Suib digantung keanggotaan oleh parti baru-baru ini harus menjadi peringatan buat pemimpin dan anggota Umno supaya mematuhi disiplin parti.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tindakan itu menunjukkan bahawa Umno tidak kompromi dalam soal-soal disiplin.

"Ini adalah satu peringatan kepada pemimpin dan ahli Umno untuk mematuhi disiplin parti. Umno memang beri perhatian dan ambil serius terhadap perkara-perkara seperti ini (dari segi perjalanan parti)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di sini Jumaat.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar berkata Umno Johor menerima keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin parti.

Saipolbahri digantung keanggotaan kerana dilaporkan terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.

Timbalan Ketua Bahagian Bakri Hassan Johari kini memangku jawatan Ketua Umno Bahagian Bakri. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan