Guru Cederakan Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental - JPN Perak

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seorang pelajar sekolah menengah cedera selepas disepak oleh gurunya pada Rabu lepas. - fotoBERNAMA
Seorang pelajar sekolah menengah cedera selepas disepak oleh gurunya pada Rabu lepas. - fotoBERNAMA

IPOH: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah mengarahkan guru lelaki yang didakwa mencederakan empat pelajar dua hari lepas, menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Manjung.

Timbalan Pengarahnya Mohd Idris Ramli berkata guru berkenaan direhatkanselama seminggu sehingga 19 Feb ini dan diarahkan menjalani pemeriksaan itu berdasarkan laporan pihak sekolah bahawa guru itu dipercayai mengalami tekanan di samping masalah mental.

Beliau berkata ini kerana tindakannya mencederakan empat pelajar itu dilihat tidak normal berbanding hukuman rotan yang dianggap biasa.

Katanya selepas tempoh berkenaan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris dan komputer di sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di Sitiawan itu akan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Manjung sehingga kes itu selesai.

"Kita akan meneliti dan menyiasat perkara ini dengan melibatkan semua pihak untuk mengetahui kejadian sebenar termasuk kesemua pelajar berkenaan. Kita telah menghantar dua pegawai kita ke sekolah berkenaan pagi tadi," katanya pada Jumaat.

Mohd Idris berkata guru berkenaan juga pernah terlibat dalam kejadian hampir sama di sekolah yang sama pada 22 Jan lepas namun ia berjaya diselesaikan secara baik dengan keluarga pelajar.

Pada Khamis, akhbar melaporkan guru berkenaan didakwa bertindak keterlaluan apabila membelasah empat pelajar di sekolah berkenaan pada 12 Feb lepas.

Seorang pelajar lelaki disepak di bahagian muka dan mengalami pendarahan di dagu ketika berada di makmal komputer selain seorang pelajar perempuan ditumbuk lima kali di bahagian muka sehingga menyebabkan cermin matanya patah.

Dua lagi pelajar turut didakwa menjadi mangsanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Jaafar Baba berkata pihaknya menerima laporan daripada empat pelajar berkenaan iaitu seorang pelajar Tingkatan Dua dan tiga pelajar Tingkatan Satu.

"Siasatan mendapati kejadian terhadap tiga pelajar Tingkatan Satu ada kaitan dengan tidak membawa buku latihan ke sekolah, manakala kejadian melibatkan seorang pelajar lagi mungkin tidak disengajakan adalah berkaitan botol air," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini.

Beliau berkata polis telah merekodkan keterangan daripada guru berusia 34 tahun itu pada Khamis selain mendapatkan rekod kesemua pelajar terbabit daripada pihak sekolah dan rekod guru itu daripada PPD Manjung untuk siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan