Bangsa Bukan Faktor Pertimbangan Bagi Bank Dalam Proses Pinjaman

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usahawan India di Malaysia mesti menerima hakikat bahawa bangsa bukan merupakan faktor yang diambil kira oleh pihak bank semasa memproses permohonan pinjaman mereka.

Pengarah Strategi dan Transformasi EC Harris Built Asset Consultancy, Girish Ramachandran berkata usahawan sebaliknya patut memfokuskan sama ada cadangan projek peniagaan mereka memenuhi kehendak bank.

Beliau berkata usahawan tidak akan memperoleh pinjaman jika mereka gagal memenuhi kriteria tertentu.

"Sebab utama mengapa permohonan mereka ditolak antaranya dokumen yang tidak lengkap, kurang jaminan dari pihak berkuasa dan kedudukan kredit yang meragukan.

"Secara peribadi, saya fikir Malaysia merupakan negara yang paling senang untuk mendapatkan pinjaman, dan kami telah melihat komitmen kerajaan persekutuan membantu pengusaha India," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditemu bual pada 9 Jun 2012 lepas, berkata kerajaan persekutuan memperuntukkan RM180 juta menerusi pelbagai bentuk pinjaman untuk usahawan India tempatan.

Daripada jumlah RM180 juta itu, RM150 juta akan disimpan di setiap 13 bank, dengan masing-masing menerima RM10 juta pinjaman mudah menerusi Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Bhd, RM5 juta di bawah Program Pecutan Perniagaan serta RM5 juta di bawah Program Pengkayaan dan Peningkatan, yang bertujuan untuk permulaan perniagaan serta perusahaan mikro.

Girish berkata pembiayaan kewangan juga dilihat sebagai salah satu daripada rancangan pihak kerajaan bagi menolong masyarakat India.

"Faktor yang paling utama kini ialah mendapatkan lebih ramai usahawan India menceburi bidang perniagaan serta memastikan mereka cukup bersedia untuk pasaran global," katanya.

Girish yang juga Pengerusi TEC2020 bagi Persidangan Pengusaha yang bertemakan 'The Power of Ideas', yang berfungsi menolong bagi mengangkat martabat para usahawan Malaysia ke peringkat seterusnya dalam enam tahun yang akan datang. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan