Adenan Jumpa Media Jumaat - Berita Semasa | mStar

Adenan Jumpa Media Jumaat

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Menteri Sarawak yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud memeluk bakal penggantinya iaitu Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Adenan Satem (kiri) selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Parti Komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak di ibu pejabat parti itu di sini baru-baru ini. Abdul Taib pada Rabu mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuat kuasa 28 Februari ini dan akan digantikan oleh Adenan.

KUCHING: Tan Sri Adenan Satem akan mengadakan sidang media pada Jumaat selepas dinamakan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kelima Rabu lalu.

Sidang media itu akan diadakan di pejabatnya di Yayasan Sarawak, Jalan Tengah, di sini pada pukul 4 petang Jumaat, menurut kenyataan Jabatan Penerangan Negeri.

Menariknya dalam hebahan jabatan itu, turut dinyatakan: 'Media boleh tanya apa sahaja, kata beliau (Adenan).'

Pada Khamis malam, Adenan, iaitu Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-tugas Khas), menjadi tumpuan ramai ketika menghadiri majlis makan malam dan dialog bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Malaysia bersama anggota-anggota parti komponen BN Sarawak.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, merangkap Pengerusi BN Sarawak.

Mereka yang hadir tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama Adenan, selain ucapan tahniah tidak putus-putus diucapkan kepada beliau.

Selepas jamuan makan malam, semua yang hadir kemudiannya menghadiri majlis dialog yang diadakan secara tertutup. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan