Video: Lagi Laporan Polis Terhadap Teresa Kok

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Satu lagi laporan polis dibuat pada Rabu terhadap anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung penerbitan klip video berbaur sindiran serta mempersenda pelbagai perkara sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Raja Nahar Ahmad dengan diiringi kira-kira 20 anggota bahagian itu membuat laporan di Balai Polis Taman Sri Muda di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Nahar berkata perbuatan anggota parlimen itu tidak bertanggungjawab dan menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa di negara ini.

"Ucapan yang dimuatkan dalam video itu telah menyinggung pelbagai pihak. Penerbitan video itu juga bukan sahaja mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu tetapi juga bangsa-bangsa lain.

"Kita bimbang kalau perkara ini dibiarkan, ia boleh memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat yang mengamalkan prinsip 1Malaysia di negara ini...atas sebab itu kita mendesak agar tindakan mahkamah dikenakan ke atasnya (Kok)," katanya.

Kok yang juga naib pengerusi DAP didakwa terbabit dalam penerbitan video 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang tersebar melalui YouTube.

Video itu memaparkan Kok selaku pengacara menemu ramah tetamu yang mengeluarkan kata-kata sindiran antaranya pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan