Taib Bincang Dengan Johari, Tengah Sebelum Umum Adenan Pengganti

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
Datuk Amar Abang Johari Tun Openg

KUCHING: Sebelum Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan penggantinya, beliau mengadakan perbincangan dengan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg and Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Perkara tersebut disahkan Johari sendiri ketika sidang media di pejabatnya pada Khamis.

"Kami sangat terbuka mengenainya. Sebelum beliau umumkan (Tan Sri) Adenan (Satem), CM (Abdul Taib) berbincang dengan saya, Tengah dan saya percaya juga dengan Adenan sendiri. Jadi ketiga-tiga kami sudah berunding.

"Malah saya sendiri sudah berjanji dengan CM (Abdul Taib) dan begitu juga dengan rakan-rakan yang lain bahawa saya akan berikan sokongan penuh. Itu adalah rekid saya dan saya akan teruskannya," kata Johari.

Ini merupakan sidang media pertama Johari selepas Adenan diumumkan sebagai pengganti Abdul Taib pada Rabu.

Menerusi sidang media yang berlangsung selama hampir 30 minit, Johari bagaimanapun tidak mendedahkan banyak perkara mengenai pertemuan berkenaan.

Sebaliknya beliau membuat pengakuan terbuka dan berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada Adenan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan