SPRM Diminta Isytihar Status Kes Taib Segera - Berita Semasa | mStar

SPRM Diminta Isytihar Status Kes Taib Segera

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat pengisytiharan terhadap semua siasatan membabitkan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum beliau dilantik sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, ia penting bagi memastikan Taib Mahmud benar-benar bersih daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan rasuah sebelum memegang jawatan penting itu.

"Perkembangan politik terkini di Sarawak membayangkan bahawa Taib Mahmud mengimpikan jawatan TYT dengan harapan ia boleh memberi kekebalan daripada pendakwaan undang-undang.

"Oleh itu, SPRM perlulah mengesahkan sama ada semua siasatan terhadap beliau telah ditutup atau sebaliknya. Ini penting bagi mengelakkan salah guna jawatan TYT untuk kepentingan peribadi pada masa akan datang," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Rafizi mendakwa, sikap terdesak Taib Mahmud untuk memegang jawatan itu mungkin berpunca daripada pelbagai kes penyelewengan yang disabitkan ke atas beliau sebelum ini.

Katanya, pendedahan terbaharu, Sarawak Report mengenai syarikat yang mengundang kontroversi iaitu Regent Star Company Limited menguatkan lagi tuduhan mengenai salah laku melibatkan konsesi balak di Sarawak.

Syarikat itu didakwa milik ahli keluarga Taib Mahmud yang pernah disiasat di Jepun atas tuduhan mengelak cukai atas penerimaan komisen mencecah 1 bilion yen.

"Ini bermakna siasatan di Jepun akan melibatkan siasatan ke atas Taib Mahmud sendiri melalui bukti-bukti yang mengaitkan keluarga beliau sendiri dengan penerimaan bayaran komisen balak.

"Dengan bukti-bukti baharu ini, jelas bahawa tuduhan rasuah terhadap Taib Mahmud akan terus berlegar," katanya.

Sehubungan itu, Rafizi berkata, satu laporan baharu terhadap Taib Mahmud akan dibuat kepada SPRM supaya perkara-perkara ini akan digunakan di dalam siasatan.

Rafizi akan membuat laporan mengenai perkara itu di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 3 petang Jumaat.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan