Pemilihan PKR: 25 April Hingga 11 Mei Depan

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diadakan pada 25 April hingga 11 Mei depan mengikut zon.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul berkata, pengundian akan dimulakan dengan dengan negeri Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang pada 25 hingga 27 April depan.

"Selepas itu diikuti negeri Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei.

"Pemilihan bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei, " katanya pada sidang media di sini Khamis.

Johari berkata, hari penamaan calon bagi jawatan peringkat pusat ditetapkan pada 29 Mac manakala 4 April bagi peringkat cabang.

"Keputusan undian akan diketahui seawal 11 Mei sebaik proses pengundian tamat pada pukul 5 petang. Insyallah proses pengiraan undi akan mengambil masa selama tiga jam, itu paling awal," katanya.

Beliau berkata, barisan kepimpinan baharu parti itu akan diumumkan selewat-lewatnya pada 13 Mei depan.

Ketika ditanya mengenai syarat kelayakan untuk mengundi, Johari berkata, para perwakilan harus menjadi ahli parti tidak kurang daripada 12 bulan.

"Mereka yang layak mengundi secara minimumnya harus menjadi ahli tidak kurang daripada 12 bulan," katanya.

Sehingga hari ini, Parti Keadilan Rakyat mempunyai 500,001 ahli berdaftar dan Selangor, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang serta Kedah mencatat keahlian tertinggi.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan