Pemilihan Adenan Pastikan Kesinambungan - PM

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemilihan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu akan memastikan kesinambungan dan menyemarakkan lagi usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) membangunkan Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis.

"Kerajaan Persekutuan menyokong pimpinan baharu Sarawak dan yakin Adenan dapat meneruskan segala yang telah dirancang serta melonjakkan pembangunan negeri itu ke tahap yang lebih membanggakan," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Beliau berkata, Adenan, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas), mempunyai pengalaman luas dalam kerajaan dan politik serta dapat diterima anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan semua komponen BN.

Pemilihan beliau juga disambut baik oleh rakyat Sarawak, kata Najib.

"Saya percaya dengan pengalaman luas dan sokongan semua pihak, Adenan akan dapat meneruskan kecemerlangan Sarawak sebagaimana di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta memastikan Sarawak terus menjadi benteng kuat BN," kata Najib.

Semalam, Taib mengumumkan pengunduran beliau daripada jawatan Ketua Menteri berkuat kuasa 28 Feb ini dan menamakan Adenan sebagai pengganti beliau.

Taib berkata Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin telah bersetuju dengan penamaan Adenan dan majlis angkat sumpah sebagai Ketua Menteri yang baharu akan diadakan pada 28 Feb. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan