Pemeriksaan Virus Selesema Burung Dipertingkat Di Sabah

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Christina Rundi.
Christina Rundi.

KOTA KINABALU: Pemeriksaan terhadap jangkitan virus selesema burung (influenza) dipertingkatkan di Sabah dengan penambahan pusat pemeriksaan kesihatan di sini dan Sandakan dari lapan kepada 12 pusat.

Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi pada Khamis berkata, pihaknya turut menaik taraf keupayaan makmal mereka di sini bagi menguji jangkitan virus selesema H7N9.

"Kita sedang mempertingkatkan pencegahan dan kawalan jangkitan di semua kemudahan kesihatan dan juga bekerjasama dengan Jabatan Haiwan untuk meningkatkan pengawasan burung-burung," katanya sehari selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan kes pertama Influenza A (H7N9) melanda negara ini.

Rundi berkata, pihak berkuasa kesihatan juga mendapat kerjasama agensi-agensi pelancongan bagi mengatur lawatan pelancong dari negara-negara yang dilanda seleseama buring dengan menasihati pelanggan supaya menanguhkan perjalanan mereka.

"Jika mana-mana pelancong mempunyai tanda-tanda masalah pernafasan, mereka perlu segera mendapatkan rawatan di kemudahan kesihatan yang terdekat," katanya.

Mereka yang telah melawat negara-negara yang dilanda selesema burung dan mempunyai tanda-tanda masalah pernafasan selepas pulang ke negara ini perlu memakai topeng muka dan segera mendapatkan rawatan perubatan.

Mereka yang merancang perjalanan dinasihatkan supaya mengelak daripada berkunjung ke pasaran yang menjual ayam hidup selain mengekalkan tahap kebersihan diri seperti membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air atau sanitizer, terutamanya selepas batuk dan bersin.

Mereka juga harus menghindarkan diri daripada menyentuh mana-mana permukaan yang tercemar oleh najis ayam atau darah selain tidak memegang bangkai burung tanpa memakai perlindungan dan melaporkan kematian burung yang luar biasa ke pejabat veterinar terdekat.

Rundi berkata, mereka juga perlu memastikan makanan mereka dimasak sepenuhnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam berkata, kes H7N9 yang pertama di negara ini melibatkan pelancong wanita berusia 67 tahun dari Guangdong, China yang tiba di Kuala Lumpur pada 4 Februari lalu.

Wanita itu berkunjung ke Sandakan pada keesokan haribta sebelum pergi ke Kota Kinabalu pada 6 Februari.

Warga China itu telah dirujuk ke sebuah pusat perubatan swasta di Kota Kinabalu pada 7 Februari dan disahkan positif virus H7N9 selepas menjalani dua saringan pada 11 Februari.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan