Pelancong Maut Jatuh Dari Gunung Kinabalu Insiden 'Satu Dalam Sejuta'

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tengku Dr Zainal Adlin.
Tengku Dr Zainal Adlin.

KOTA KINABALU: Kematian pelancong Jerman Victoria Poulsen, yang terjatuh dari Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian 4,095 meter merupakan insiden "satu dalam sejuta", kata Pengerusi Taman-Taman Sabah, Tengku Datuk Dr Zainal Adlin Tengku Mahmud.

Beliau berkata, kemalangan atau kejadian yang tidak diingini, walaupun yang menyebabtkan kematian, jarang berlaku di atas gunung itu, yang telah menarik lebih sejuta orang yang mendakinya dengan selamat sejak 35 tahun lalu.

"Trekking sehingga ke atas gunung adalah selamat. Apa yang penting, ialah pendaki perlu sentiasa mematuhi peraturan," katanya pada Rabu.

Beliau berkata, pendaki diberi taklimat keselamatan mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa pendakian mereka.

Mengenai insiden terbaharu itu, Tengku Adlin bagaimanapun berkata, Taman-Taman Sabah akan membuat kajian semula mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk pendaki, terutamanya bagaimana kaedah-kaedah lebih baik boleh dikuatkuasakan.

Beliau mengakui langkah itu mungkin sukar untuk dilaksanakan.

"Kita perlu melihat bagaimana untuk mengurangkan bilangan orang yang ingin pergi ke kawasan-kawasan yang dilarang berada di atas gunung itu pada pukul 6 pagi," katanya.

Tambahnya, mengehadkan bilangan orang yang naik ke puncak mungkin menjadi langkah yang lain.

Pada Isnin lalu, Poulsen dilaporkan terjatuh ke bawah cerun curam pada ketinggian 30 meter selepas melepasi kawasan berpagar bertali di kawasan batu di puncak gunung itu.

Polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan