Ong Cadang EGM Diadakan Pada Ulang Tahun MCA

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ong Ka Chuan.
Ong Ka Chuan.

KUALA LUMPUR: Mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA yang membolehkan pemimpinnya untuk menyertai semula Kabinet boleh diadakan pada masa yang sama dengan ulang tahun parti itu pada 23 Februari.

Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, ini mungkin kerana perwakilan dari seluruh negara itu akan berhimpun di sini sempena ulang tahun MCA ke-65.

"Ini boleh mengelakkan daripada meminta mereka untuk datang dua kali.

"Bagaimanapun, kami hanya boleh mengadakan EGM serentak dengan ulang tahun itu sekiranya presiden bersetuju untuk memendekkan notis 21 hari yang diberikan untuk para perwakilan kepada tujuh hari," katanya kepada pemberita di Wisma MCA di sini Khamis.

Di bawah perlembagaan parti, perwakilan perlu dimaklumkan mengenai EGM selama 21 hari lebih awal tetapi presiden mempunyai kuasa untuk memendekkan tempoh itu kepada tujuh hari.

Ong berkata, jawatankuasa pusat MCA akan membuat keputusan mengenai EGM dan tarikh berkenaan dalam mesyuarat pada Khamis.

Pada Rabu, Ong menerima 1,861 borang daripada perwakilan parti di seluruh negara supaya mengadakan EGM.

Borang-borang dibentangkan kepada Ong oleh Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon, Setiausaha MCA Johor, Chia Song Cheng dan Setiausaha MCA Selangor, Ng Chok Sin.

Ini bermakna 78.2% daripada jumlah keseluruhan 2,380 perwakilan pusat telah dipanggil untuk EGM yang akan diadakan, lebih daripada syarat yang diperlukan iaitu sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah keseluruhan itu.

EGM yang dicadangkan mempunyai satu resolusi sahaja, iaitu bagi membolehkan pemimpin untuk menerima semua jawatan kerajaan di semua peringkat.

"Sebagai Setiausaha Agung, saya perlu bertindak dalam tempoh lima hari untuk memudahkan EGM ini diadakan, jika tidak, tiga requisitionists (Dr Mah , Chia dan Ng) boleh memaklumkan mengenai EGM sendiri," kata Ong.

Mengenai sama ada EGM akan dilakukan menerusi pengundian rahsia atau dengan mengangkat tangan, beliau berkata, parti itu akan bersedia untuk kedua-dua pilihan dan menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan pada hari berkenaan.

Pada mesyuarat agung tahunan parti itu pada 2011 dan 2012 yang lalu, MCA memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya menunjukkan prestasi yang teruk pada pilihan raya umum 2013.

Pada EGM pada 20 Oktober tahun lepas , perwakilan menolak usul untuk menarik balik keputusan itu, tetapi disokong dua usul lain, yang membolehkan mereka menerima pelantikan seperti Senator serta pelantikan di peringkat negeri, termasuk ahli majlis eksekutif negeri.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan