Lembah Klang Bakal Hadapi Masalah Air Jika Cuaca Panas Berterusan - Mahdzir

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mahdzir Khalid.
Mahdzir Khalid.

HULU SELANGOR: Penduduk Lembah Klang termasuk Putrajaya bakal berhadapan masalah bekalan air bersih yang kritikal jika cuaca panas yang melanda negara ketika ini berlarutan tiga minggu lagi.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jika berterusan, paras air di Empangan Sungai Selangor dan Klang Gate yang ketika ini mempunyai simpanan air kurang daripada 60 peratus akan terus merosot, sekali gus memberi kesan besar kepada kira-kira dua juta pengguna yang bergantung kepada sumber air dari kawasan tadahan itu.

"Ketika ini simpanan air di Empangan Sungai Selangor hanya berbaki 57.63 peratus manakala Empangan Klang Gate sebanyak 58 peratus dan jika tiada hujan dalam masa 16 hari, takungan air boleh menurun sehingga 45 peratus.

"Walaupun kedudukan baki simpanan air masih terkawal, namun kementerian perlu melakukan sesuatu kerana jika keadaan kemarau berterusan kita akan memasuki tahap kritikal dan catuan air mungkin perlu dilakukan," katanya dalam sidang media selepas melawat Empangan Sungai Selangor, di sini, Khamis.

Empangan Sungai Selangor yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor mampu menampung ketinggian air maksimum 220 meter dan membekalkan 60 peratus sumber air di Lembah Klang.

Bagi menangani masalah itu, Mahdzir berkata, beliau telah mengarahkan kementerian, kerajaan negeri Selangor serta operator pengagihan air di kawasan terlibat bermesyuarat selewat-lewatnya minggu depan bagi merangka tindakan yang perlu diambil jika paras air di kedua-dua empangan terus merosot.

Beliau berkata, selain catuan air, langkah lain yang boleh diambil ialah melaksanakan pembenihan awan bagi meningkatkan lagi kadar hujan.

"Pembenihan ini akan dilaksanakan di kawasan tadahan Empangan Sungai Selangor dan kawasan lain sekiranya simpanan empangan tersebut mencapai tahap 45 peratus iaitu 103.50 juta meter padu," katanya dan menambah penurunan itu turut disebabkan peningkatan dan penggunaan air di Lembah Klang.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan paras air di empangan di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang masih terkawal dan tidak kritikal walaupun cuaca panas dan kemarau sedang melanda negeri berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan