Kerajaan Perlu Tanggung Inflasi - Dr Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucaptama sempena Majlis Seminar dan Forum Buku Perdana, Rabu.
Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucaptama sempena Majlis Seminar dan Forum Buku Perdana, Rabu.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan mengurangkan inflasi supaya manfaat sebenar pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati oleh rakyat.

"Kita perlu beri perhatian kepada inflasi. Kalau pertumbuhan lima peratus, inflasi tiga peratus, maknanya pertumbuhan sebenar hanya dua peratus.

"Kita harus jaga supaya tiada inflasi dalam negara. Hari ini saya dapati inflasi tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Forum Buku Perdana, pada Rabu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Moody's Analytics, satu bahagian dalam Moody’s Corp semalam, yang mengunjurkan keluaran dalam negara kasar Malaysia pada tahap lima peratus pada suku keempat 2013.

Royal Bank of Scotland pula mengunjurkan ekonomi Malaysia akan tumbuh sederhana sebanyak 4.6 peratus pada 2014, didorong oleh jumlah eksport bersih.

Kerajaan menyasarkan ekonomi negara terus berkembang antara 5.0 peratus dan 5.5 peratus tahun ini.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan