Kementerian Lantik Peguam Sweden Pantau Perbicaraan Pasangan Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nazri Aziz.
Nazri Aziz.

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan berhubung dengan peguam Sweden mewakili kementerian untuk memantau perbicaraan pasangan Malaysia yang didakwa memukul anak mereka di negara itu.

Menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab akan terbang ke Sweden beberapa hari sebelum perbicaraan bermula pada 18 Februari untuk berhubung dengan peguam.

Perbicaraan ini dijangka berlangsung selama 10 hari.

Nazri menambah bahawa perbezaan undang-undang negara lain perlu dihormati.

"Anda tidak boleh marah dengan Sweden kerana itu adalah undang-undang mereka. Bagaimana jika orang lain datang ke sini dan melanggar undang-undang kita?

"Jika anda mahu orang ramai untuk menghormati anda, anda perlu menghormati mereka," katanya.

Pegawai Tourism Malaysia, Azizul Raheem Awaluddin dan isterinya, Shalwati Norshal didakwa pada Isnin di Stockholm atas serangan dan pencabulan integriti kanak-kanak.

Pasangan itu mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan bersama pada 18 Februari.

Azizul dan Shalwati berada dalam tahanan sejak mereka ditahan pada 18 Disember lalu.

Empat anak pasangan itu diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini pada 30 Januari lalu.

Kesemua anak pasangan itu, yang berusia antara tujuh dan 14, pulang ke Malaysia pada 31 Januari lalu dan diletakkan di bawah jagaan ibudan bapa saudara mereka di Kelantan.

Di KOTA BHARU, bapa Shalwati itu berkata, dia dinasihatkan untuk tidak memberi komen mengenai isu itu untuk mengelakkan daripada menganggu prosedur kes kes mahkamah.

Nor Shal Nordin, 70, berkata, pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri telah menasihati beliau supaya bertenang dan membiarkan Kementerian Luar mengendalikan kes tersebut.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 setiap seorang cucunya iaitu Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, tujuh, di SMK dan SK Padang Kala Melur pada Rabu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan