BN Selangor Bawa Usul Isu PKNS Ke Sidang DUN - Berita Semasa | mStar

BN Selangor Bawa Usul Isu PKNS Ke Sidang DUN

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Barisan Nasional (BN) Selangor akan membawa usul mengenai isu membabitkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang sering menimbulkan kontroversi ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mac ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata usul itu adalah bagi mendesak Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) menjalankan siasatan terhadap urus tadbir anak syarikat kerajaan negeri.

"BN Selangor melalui Datuk Mohd Shamsuddin Lias (ketua pembangkang) akan membawa usul itu ke sidang DUN untuk dibahaskan. Isu membabitkan PKNS membuktikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat boleh buat apa sahaja untuk kepentingan politik dan peribadi mereka," katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-42 dan penyampaian bantuan awal persekolahan tahun 2014 di sini, Khamis.

Noh berkata demikian ketika mengulas isu membabitkan PKNS seperti penamatan perkhidmatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali sebagai Anggota Lembaga Pengarah PKNS dan terbaru penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).

Beliau berkata BN Selangor pernah membangkitkan bantahan terhadap pelantikan pekerja kontrak PHSB di persidangan DUN pada 2012 tetapi ketika itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan pelantikan itu.

"Tetapi sekarang bila ada masalah peribadi dengan Azmin maka pekerja jadi mangsa apabila Abdul Khalid memutuskan untuk memberhentikan mereka. Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri bukan membela rakyat tetapi membela kepentingan peribadi.

"Kalau betul pelantikan pekerja itu merugikan, sepatutnya masa wakil B Nbantah, dia (Abdul Khalid) kena terima fakta tetapi dia tidak terima kenyataan dan pertahankan tindakan itu disebabkan politik sedangkan kita sudah nampak tiada keperluan (pelantikan pekerja kontrak)," katanya.

Sementara itu, Mohd Shamsuddin berkata melalui usul itu pihaknya akan menggesa Selcat menjalankan siasatan sama ada wujudnya penyelewengan atau rasuah dan masalah integriti dalam urus tadbir anak syarikat kerajaan negeri.

"Kita telah banyak kali persoalkan urus tadbir PKNS yang tidak betul (seperti) ambil konsultan luar yang dibayar dengan harga tinggi dan pembayaran gaji terlalu tinggi kepada pekerja kontrak dalam anak syarikatnya tetapi Abdul Khalid mempertahankannya. Apa yang kita lihat hari ini pada saya ia membabitkan politik dalaman," katanya. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan