SPR Bersedia Untuk PRK Dun Balingan

Diterbitkan: Rabu, 12 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian akan diadakan jika penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggosongkan kerusi itu sebelum 21 Jun ini.

Bagaimanapun jika Taib menggosongkan kerusi itu selepas tarikh berkenaan, SPR tidak lagi perlu mengadakan sebarang pilihan raya kecil bukan sahaja di kawasan berkenaan, tetapi di seluruh Sarawak, katanya.

Mengikut Undang-undang Tubuh negeri pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika terdapat sebarang kekosongan dalam tempoh dua tahun Dewan Undangan Negeri tamat tempoh.

Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat ialah pada 20 Jun 2016 dan tempoh dua tahun bermula pada 21 Jun 2014.

Abdul Aziz berkata SPR sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan PRK di DUN Balingian.

Abdul Aziz berkata selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan kerusi.

Taib, 77, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang disandangnya lebih tiga dekad sejak 1981, berkuat kuasa 28 Feb ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Balingian, yang dimenanginya dalam Pilihan Raya negeri Sarawak pada 2001.

Sebelum ini, beliau pernah menjadi ADUN Sebandi yang kemudian ditukar nama kepada Asajaya sejak 1981 sebelum berpindah ke Balingian.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan