MCA Perlu Tunda EGM Beri Tumpuan PRK Kajang

Diterbitkan: Rabu, 12 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: MCA perlu menunda rancangan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh terdekat ini, sebaliknya memberi tumpuan kepada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Bekas Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata ini bukan masa yang sesuai untuk mengadakan EGM bagi mengkaji semula resolusi melarang pemimpinnya memegang jawatan dalam kabinet.

"Sepatutnya pemimpin MCA yang baharu dipilih memberi tumpuan yang lebih untuk pilihan raya kecil Kajang bagi menentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sekarang PKR sedang berkempen kuat dan saya lihat MCA masih belum buat apa-apa.

"MCA boleh tunda EGM itu selepas pilihan raya kecil dan sekarang ini adalah masa untuk buktikan bahawa parti itu masih relevan dan diterima rakyat," katanya pada sidang akhbar pada Rabu.

Akhbar sebelum ini melaporkan kenyataan anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Dr Mah Hang Soon bahawa kempen pungutan tandatangan dijalankan di seluruh negara bagi mendapatkan sokongan untuk mendesak kepimpinan parti mengadakan EGM itu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan