Laporan Rasuah Kerana Dendam - Teresa Kok

Diterbitkan: Rabu, 12 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP di Seputeh, Teresa Kok menganggap laporan rasuah yang dikenakan terhadap dirinya merupakan tindakan membalas dendam yang dilakukan kumpulan dalam parti sendiri.

Menurutnya, sehubungan itu, beliau tidak mempunyai halangan jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap akaun banknya.

"Saya tidak bimbang kerana semua akaun saya berada dalam keadaan sempurna. Sebagai wakil rakyat DAP, kami telah mengemukakan akaun masing-masing kepada firma perakaunan bertauliah untuk pengauditan ketika sebelum dan selepas pilihan raya umum," katanya kepada The Star Online pada Selasa.

Pada Isnin, seorang ahli DAP, Danny Leong Eng Tiom menyerahkan dokumen kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana pilihan raya berjumlah RM186,000 yang dipercayai dilakukan Kok.

Berikutan tindakkan itu, Leong memberitahu telah menerima notis tuntutan saman berjumlah RM10 juta daripada peguam Kok yang mendakwa dia telah menuduh ahli parlimen itu melakukan penyalahgunaan dana pilihan raya.

Leong diiringi oleh bekas pembantu peribadi Kok , Tony Tan, yang turut mengemukakan bukti.

Kok berkata, dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau bukan perkara baru sebaliknya menjadi bahan utama selepas tindakannya memecat Tan.

"Saya menamatkan perkhidmatannya apabila dia menimbulkan banyak masalah yang berkaitan dengan dana dalam parti. Kami juga menerima aduan daripada sebuah kuil dan sami di situ memberitahu saya mengenai penyelewengan berkenaan," dakwanya.

Kok mendakwa lagi, sejak pemecatan itu, Tan berdendam dan sering menggangu beliau termasuk dalam dua pilihan raya umum iaitu pada 2008 dan 2013.

"Dia akan pergi di sekitar kawasan saya (Seputeh) dengan pembesar suara dan membawa samseng semasa saya mengadakan ceramah," jelasnya.

Beliau berkata, kedua-dua individu terbabit juga telah membuat banyak laporan terhadap dirinya dan mengadakan sidang akhbar untuk mencemarkan nama baiknya.

"Mereka telah membuat satu laporan terhadap saya kepada SPRM sebelum ini, tetapi SPRM berkata tidak ada kes untuk disiasat tentangnya," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan