Kerajaan Selangor Pantau Penggunaan Dana PKNS - Khalid

Diterbitkan: Rabu, 12 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini memutuskan untuk memantau perbelanjaan dana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berikutan terdapat isu melibatkan tatacara penggunaan dan perbelanjaan dana yang perlu diperbaiki.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemantauan itu melibatkan dana perbelanjaan untuk pasukan bola sepak PKNS sebanyak RM9 juta setahun, pembangunan usahawan sebanyak RM5 juta setahun dan perbelanjaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RM30 juta setahun.

"Kita juga akan memantau perbelanjaan kelab sukan PKNS yang didakwa menyalahgunakan dana bola sepak yang siasatannya masih belum selesai oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco pada Rabu.

Abdul Khalid berkata pihaknya melantik tiga Exco iaitu Iskandar Abdul Samad, Datuk Teng Chang Kim dan Rodziah Ismail untuk memantau perbelanjaan dana-dana PKNS.

Dalam pada itu ketika ditanya adakah beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya dipersetujui sebulat suara Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Abdul Khalid berkata: "Saya tidak diwajibkan untuk menjawab soalan ini kerana ia akan memberi kesan negatif dan positif,".

Abdul Khalid, yang juga Pengarah Pilihan Raya PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berkata isu jawatan Menteri Besar tidak seharusnya timbul sekarang kerana beliau mahu memastikan kelancaran gerak kerja jentera PRK itu yang akan berlangsung pada 23 Mac.

Beliau juga enggan mengulas apabila ditanya berhubung dakwaan beberapa pemimpin PAS menjemputnya menyertai parti itu.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan