Boeing Serah 737 Boeing Sky Interior Ke-1000

Diterbitkan: Rabu, 12 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 737 Boeing Sky Interior yang diilhamkan oleh penumpang, menyerahkan pesawat ke-1,000nya kepada Norwegian Air Shuttle AS pada Rabu.

737 Boeing Sky Interior dilengkapi ukiran moden di dinding dan tingkap,lampu LED yang membangkitkan suasana lapang dan lebih besar.

Naib Presiden dan Pengurus Besar program 737, pesawat komersil Boeing Beverly Wyse berkata Boeing Sky Interior menambah lebih nilai kepada 737 Generasi Akan Datang, yang sudahpun menawarkan ekonomi terbaik, kebolehpercayaan dan kecekapan bahan api, dalam kelasnya.

Dalam satu kenyataan, pengeluar pesawat itu berkata Norwegian Air Shuttle merupakan antara pelanggan pelancaran 737 Boeing Sky Interior

"Ini adalah 737-800 Generasi Akan Datang ke-48 syarikat penerbangan itu dengan kemasan dalaman yang baharu, menjadikannya syarikat penerbangan terbesar menggunakan 737 Boeing Sky Interior di Eropah," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Norwegian Air Shuttle Bjorn Kjos berkata Boeing Sky Interior 737 Generasi Akan Datang membantu syarikat itu untuk menyediakan pengalaman hebat dari segi keselesaan dan kemudahan apabila penumpang terbang bersama Norway.

Tinjauan penumpang oleh Norwegian Air Shuttle selepas ia berwajah baharu, mendapati lebih daripada separuh kadar responden 737 Boeing Sky Interior merasa lebih selesa.

Penumpang berkata mereka rasa 'lebih gembira' dengan hiasan dalaman baharu, kata kenyataan itu.

Sejak 737 Boeing Sky Interior diserahkan pertama kali pada Oktober 2010, lebih 60 pelanggan sudah menempahnya.

Kira-kira 85 peratus daripada tunggakan Boeing membabitkan lebih daripada 1,900 737 Next-Generation akan diserahkan 737 Boeing Sky Interior.

Hiasan dalaman pilihan pelanggan akan digunakan untuk keseluruhan barisan keluarga terbaharu pesawat satu lorong Boeing, 737 MAX.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan