Barang Percuma Untuk Golongan Memerlukan Di Taman Tun Dr Ismail Ahad Ini

Diterbitkan: Rabu, 12 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Prihatin dengan bebanan golongan memerlukan berikutan peningkatan kos sara hidup kini, sekumpulan anak muda mengambil inisiatif mengumpulkan barangan untuk diberikan secara percuma kepada golongan berkenaan.

Program dikenali "free market" atau pasar percuma itu akan diadakan di Cafe Al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail dekat sini Ahad ini.

Antara barangan ditawarkan untuk pasar percuma yang diadakan dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi termasuk perkakas rumah, buku, pakaian, peralatan untuk bayi, mainan kanak-kanak dan pelbagai jenis makanan yang disumbangkan oleh pelbagai pihak dalam usaha membantu golongan yang memerlukan.

Idea untuk mengadakan pasar percuma ini dicetuskan sekumpulan anak muda yang diketuai Ahamad Emran Anwarudin dan rakan-rakannya antaranya Mohd Fadly Daud, Hayati Ismail dan Syed Azmi.

Ahamad Emran memberitahu Bernama, tujuan pasar itu adakan juga untuk mendidik masyarakat supaya lebih sensitif terhadap keperluan masyarakat sekeliling, terutama golongan yang memerlukan.

Bukan sahaja dari segi harta, tetapi juga dari segi tenaga atau kemahiran tanpa mengira latar belakang serta kaum dan agama, katanya yang turut mengendalikan laman Facebook FreeMarketTTDI.

Beliau berkata program itu dijalankan secara sukarela tanpa melibatkan wang ringgit, dan semua barangan atau perkhidmatan yang dipamerkan pada hari tersebut adalah terbuka untuk sesiapa sahaja yang hadir untuk diambil.

"Keadaan semasa seperti kos sara hidup yang kian meningkat pastinya membebankan golongan yang kurang berkemampuan...Justeru, di sinilah penganjur mengambil pendekatan menyediakan medium yang mungkin boleh membantu mereka mendapatkan barang atau perkhidmatan secara percuma.

"Program ini juga boleh disifatkan sebagai program kitar semula yang mampu mengurangkan jumlah barangan yang masih elok untuk dibuang, selain mendidik penyumbang itu sendiri agar tidak membeli mengikut nafsu sehingga membawa kepada sikap membazir," katanya merujuk kepada kebanyakan barang yang dikumpul di Free Market masih dalam keadaan cantik dan baharu.

Beliau berkata melalui laman Facebooknya itu, pihaknya telah menerima lebih 600 pengesahan untuk menyertai program pasar itu.

Mereka yang berminat untuk menyertai program itu boleh melayari laman web www.fmmedia.com.my/freemarketTTDI atau laman Facebook FreeMarketTTDI untuk maklumat lanjut.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan