Weststar Aviation Sasar Nilai Kontrak RM10 Bilion Menjelang Akhir Tahun

Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Weststar Aviation Services Sdn Bhd (Weststar), sebuah anak syarikat Weststar Group, menyasarkan untuk mendapatkan pelbagai kontrak bernilai sekurang-kurangnya RM10 bilion dengan memperluaskan perkhidmatan pengangkutan helikopter luar pantainya bagi syarikat minyak dan gas menjelang akhir tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, syarikat itu akan menyediakan dua helikopter bagi sebuah syarikat minyak dan gas di Maghribi bulan depan sebagai rancangan berikutnya dalam program peluasan syarikat itu.

Beliau berkata, mereka juga telah menandatangani kontrak di Thailand bulan lepas untuk membekalkan enam helikopter. "Kami juga dalam proses membida bagi kontrak-kontrak di Mozambique," katanya dalam satu sidang media selepas menandatangani perjanjian bagi membeli helikopter enjin berkembar AW139 dengan Agusta Westland, sebuah syarikat pembuat helikopter berpangkalan di Itali, di sini, Selasa.

Muhammad Ismail menjelaskan, pada masa ini syarikat itu mempunyai kontrak bernilai lapan bilion ringgit. Helikopter AW139 merupakan sebahagian besar daripada keseluruhan angkatan helikopter Weststar Aviation Services, katanya, sambil menambah "kami menikmati rekod pencapaian yang cemerlang".

"Memandangkan Weststar Aviation Services kini bergerak maju dalam usaha peluasannya di peringkat antarabangsa, kami amat gembira dan yakin untuk mendapatkan kerjasama selanjutnya daripada Agusta Westland sebagai rakan kongsi helikopter pilihan kami," katanya.

Muhammad Ismail menambah, syarikat itu akan menerima tiga helikopter AW139 pertamanya dalam suku pertama tahun ini.

Ditanya tentang sebab-sebab Weststar memilih model AW139, Muhammad Ismail berkata model itu mempunyai ciri-ciri penerbangan berprestasi tinggi dan keselamatan serta susun atur kokpit, falsafah reka bentuk dan konsep penyenggaraan yang sama seperti model AW169 dan AW189, yang lebih besar daripada AW139.

Pelanggan minyak dan gas Weststar termasuklah Petronas Carigali, ExxonMobil, Carigali Hess, Talisman, Shell dan Mubadala Petroleum.

Pada masa ini Weststar Aviation Services memiliki angkatan helikopter Sikorsky dan AgustaWestland yang digunakan khusus untuk menyediakan perkhidmatan sokongan luar pantai bagi syarikat-syarikat minyak dan gas multinasional.

Tentang sama ada syarikat itu akan mempertimbangkan tawaran awam awal (IPO), Muhammad Ismail berkata kumpulan itu sedang merancang untuk berbuat demikian, tetapi akan mengumumkannya kemudian nanti. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan