Waytha Moorthy Sah Letak Jawatan Timbalan Menteri

Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Waytha Moorthy.
Waytha Moorthy.

PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin mengesahkan Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sumber daripada PMO berkata, surat perletakan jawatan itu diterima pada pukul 5 petang Isnin.

Hindraf, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausahanya, P. Ramesh pada Sabtu bahawa kegagalan Kerajaan untuk menepati janji di bawah memorandum persefahaman yang ditandatangani sebelum pilihan raya umum 5 Mei lalu, sebagai punca perletakan Waytha Moorthy.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan