Tindakan Nelayan Zon B Ceroboh Kawasan Zon A Kesalahan Serius - Ismail Sabri

Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ismail Sabri.
Ismail Sabri.

PUTRAJAYA: Tindakan pencerobohan bot nelayan pukat tunda Zon B terhadap Zon A adalah kesalahan serius dan tidak boleh dimaafkan, tegas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Tidak ada amaran pertama atau kedua. Ada pencerobohan, kita terus ambil tindakan menggantung dan membatalkan lesen serta dikenakan kompaun sehingga RM10,000.

"Pada masa yang sama subsidi diesel juga akan ditarik balik atau dibatalkan terus. Semasa penggantungan lesen, bot juga tidak boleh digunakan," katanya di sidang akhbar selepas mengadakan sesi dialog bersama nelayan-nelayan dari Sabak Bernam dan Sungai Besar, Selangor di sini Selasa.

Ismail Sabri berkata dalam pertemuan itu, nelayan-nelayan menimbulkan kerugian besar yang mereka alami akibat pencerobohon itu.

"Antara kerugian yang mereka alami adalah kerosakan bubu dan pukat tunda sehingga terjejas pendapatan. Malah apabila pukat rosak, mereka tidak boleh untuk ke laut kerana bukan mudah untuk mereka mengumpul wang yang banyak untuk membeli pukat baru," katanya.

Ismail Sabri berkata, tindakan untuk membatalkan terus penggunaan bot pukat tunda mungkin boleh dilaksanakan sekiranya laporan pencerobohan terus diterima.

Menurutnya, kementerian juga akan menubuhkan pasukan sukarelawan laut di setiap kawasan pantai untuk membuat laporan jika terdapat pencerobohan dan sebagainya.

Sementara itu Hamizi Sapri, 24, yang menjadi nelayan di Sabak Bernam sejak lima tahun lepas berkata, akibat pencerobohan itu anggaran pendapatan hariannya hanya RM80, berbanding RM200 sebelum ini.

"Masalah ini telah lama berlaku. Mungkin lebih 100 kali diceroboh oleh nelayan orang tempatan yang kami anggap 'gangster'. Kita tidak dapat tahu nombor plat bot sebab ia ditutup," katanya yang berpuas hati dengan hasil perbincangan bersama menteri pada Selasa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan