PRK Kajang: Kempen Belum Mula, SPR Tiada Kuasa

Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Aziz Mohd Yusof.
Abdul Aziz Mohd Yusof.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang telah mula berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang memandangkan tempoh rasmi berkempen belum bermula.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu hanya boleh bertindak selepas tempoh rasmi untuk kempen bermula iaitu pada 11 Mac depan, selepas selesai penamaan calon sehingga 12 tengah malam 22 Mac.

Abdul Aziz menjelaskan sepanjang tempoh itu SPR bertanggungjawab sepenuhnya memantau sebarang kempen dalam PRK Kajang seperti mana yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

"Bagaimanapun, sebelum daripada tarikh itu (tempoh rasmi berkempen) tanggungjawab untuk memantau sebarang aktiviti kempen terletak di bawah agensi lain termasuk Polis DiRaja Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), manakala SPR hanya boleh menasihati sahaja," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Abdul Aziz mengulas gesaan Majlis Peguam Malaysia yang mahu SPR mengambil tindakan terhadap parti politik yang sudah berkempen bagi PRK Kajang sedangkan tempoh rasmi untuk berbuat demikian hanya bermula bulan depan.

Menjelas lanjut Abdul Aziz berkata, tiada mana-mana pihak boleh mendakwa diri mereka sebagai calon PRK Kajang dan turun berkempen selagi tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) kawasan itu Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman pada 11 Mac depan.

"Hanya RO yang ada kuasa untuk umum sama ada terdapat pertandingan? Siapa yang bertanding? Berapa pertandingan? Sebelum tarikh itu (11 Mac), pada SPR tiada sesiapa pun calon pilihan raya itu.

"Tapi bagi mereka yang merasakan diri mereka calon...janganlah buat sesuka hati dengan berkempen. Ikutlah undang-undang lain yang ada," katanya.

PRK Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat pada 27 Januari.

Setakat ini PKR telah menamakan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu untuk PRK tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan