PRK Kajang: Anwar Cuba Berlagak Hero - Zambry

Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba berlagak sebagai hero dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang yang telah disengajakan itu.

"Drama ini dibuat untuk mengalih tumpuan mengenai masalah dalam Parti Keadilan Rakyat," katanya kepada pemberita dalam majlis kepimpinan di sini Isnin.

Dr Zambry berkata demikian selepas ditanya mengenai PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dijadualkan pada 23 Mac depan berikutan peletakkan jawatan penyandanganya Lee Chin Cheh daripada PKR.

Beliau berkata, masalah dalaman pakatan rakyat dalam kerajaan Selangor sama seperti yang pernah berlaku di Perak sebelum ini selepas pembangkang membentuk kerajaan pada tahun 2008.

Jelasnya, bagaimanapun bagi kerajaan Selangor, pakatan mengenakan strategi berbeza untuk menarik perhatian pelbagai pihak setelah pelan lama tidak menjadi.

"Di perak, pembangkang cuba untuk menarik perhatian pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan penguasaan kerajaan negeri yang lemah dan ditambah pula dengan krisis dalaman yang dialami.

"Sekarang mereka menggunakan Kajang untuk mewujudkan PRK bagi melunaskan kehendak nafsu politik Anwar.

"Dahulu Di Perak, ramai yang mengatakan BN telah merampas kuasa daripada pakatan rakyat tetapi hakikatnya pembangkang yang cuba membawa wakil rakyat kita kepada mereka," ujarnya.

Menurutnya, bagaimanapun pelan itu telah menjerat diri pembangkang di Perak dan ia mungkin akan berulang di Kajang kali ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan